untitled-2

Dalam perkembangan bayi 1 bulan pertama, tentunya seorang ibu harus cermat dengan apa yang bayi tersebut lakukan pada masa perkembangan bayi. Secara fisik, bayi akan semakin lama tampak bersih dan kerutan-kerutan dibadannya akan mulai menghilang. Tulang kaki dan tangan mungkin masih terlihat bengkok namun semakin lama akan menjadi lebih wajar. Gerakan-gerakan yang dilakukan bayi pada perkembangan bayi 1 bulan mungkin mencakup kepalan tangan ketika kita meletakkan jari kita ke tangan bayi tersebut, gerakan minor kepala, dan lain sebagainya. Perlu dicermati pula sinyal-sinyal yang berusaha diberikan sang bayi kepada kita terutama pada aspek suara dan tatapan mata bayi tersebut. Seiring bayi anda bertambah usia, semakin berkembang pula cara mereka berkomunikasi.

Bagaimanakah perkembangan buah hati?

Pada usia 1 bulan, bayi Bunda menjadi lebih sensitif terhadap sekelilingnya. Penglihatan dan pendengarannya semakin baik, jadi dia akan lebih perasan apa yang berlaku di sekelilingnya. Bunda mungkin melihat dia memberi respon dengan gembira jika diberi mainan yang berwarna-warni, atau apabila mendengar dan melihat wajah Bunda apabila anda memegangnya dekat-dekat. Dia juga mungkin bereaksi terkejut apabila mendengar bunyi kuat yang tiba-tiba.

Kapan Buah hati bisa mengangkat kepalanya?

Kepala bayi Bunda masih perlukan banyak sokongan apabila anda mengangkatnya, tetapi otot-otot lehernya semakin kuat. Ini bermakna dia mungkin boleh mengangkat kepalanya untuk masa yang singkat ketika berbaring, atau ketika anda mengangkatnya menegak.

Dia juga boleh mengangkatkan kepala untuk beberapa saat apabila meniarap dan mungkin boleh menoleh dari sisi ke sisi. Dia mungkin juga boleh menegakkan kepala semasa berada dalam kerusi bayi di dalam kereta jika mempunyai cukup sokongan. Bunda boleh gunakan penyokong kepala bayi yang khas untuk membantunya.

Bagaimanakah Buah hati bunda mengekspresikan dirinya?

Bayi Bunda yang berumur satu bulan mungkin sudah lebih bersosial sekarang, dan mungkin membuat bunyi berdeguk, bunyi-bunyi manja, berdengus dan berlagu untuk melahirkan perasaannya. Pastikan anda juga membuat bunyi-bunyian manja dan berdeguk bersama-sama, sambil bercakap berhadapan dengannya. Dia akan merenung wajah Bunda lebih lama.
Setengah bayi juga sudah mula ketawa seawal ini. Walaupun sibuk membuat kerja rumah, cubalah bercakap atau menyanyi kepadanya sambil membuat kerja kerana dia pasti suka mendengar suara Bunda.

Walaupun bayi Bunda sudah boleh mengecam muka Bunda dari usia beberapa hari lagi, pada penghujung bulan pertama ini dia mungkin akan dapat menunjukkan kebolehan ini. Sebanyak separuh dari pada bayi pada usia ini mula menunjukkan kebolehan mengenali ibu bapa mereka secara jelas: mereka menunjukkan reaksi yang berlainan kepada bunda dan ayah dari pada orang yang tidak dikenali. Bayi Bunda akan berhenti menangis dan terus bertentang mata dengan anda; setengah bayi di usia ini sudah mula senyum apabila mereka melihat Bunda ayah mereka.

 

Kapankah Buah hati Bunda boleh memegang mainan?

Jika Bunda meletakkan mainan di hadapan bayi Bunda, dia mungkin melihatnya dan mengangkat tangan, tetapi dia masih belum boleh memegangnya. Dia mungkin akan menutup genggamannya, walaupun jika dia sudah menyentuh mainan itu.

Bayi anda mula memahami bahawa tangan dan kakinya bercantum dengan badannya. Oleh itu, ia akan mengambil masa bagi bayi mengetahui apa yang boleh dilakukan dengan tangan dan kaki itu!

Anda juga dapat melihat dia mula membuka tangannya sesekali. Dan apabila Bunda menyentuh telapak tangannya, dia akan menggenggam jari-jarinya mengelilingi jari anda. Ini adalah respon yang spontan dan lahir dari naluri. Refleks menggenggam ini paling kuat dalam lapan minggu pertama bayi.

Bunda boleh bermain permainan yang dapat membantu bayi menerokai badannya. Angkat tangannya tinggi atas kepalanya dan menanyakan dia ‘Besar manakah bayi ini?’ atau dengan mengulangkan puisi berima dan membilang-bilang jari kakinya dengan kuat.

Berapa baikkah penglihatan bayi saya sekarang?

Apabila sudah pandai berfokus dengan kedua-dua belah mata, bayi anda sudah boleh mengikuti objek yang bergerak, iaitu satu perkara yang dia sudah melakukan untuk masa-masa yang singkat dari kelahiran lagi. Kelentong biasa yang digerakkan di depan mukanya akan selalu memegunkannya. Atau Bunda boleh bermain mata-ke-mata dengan menghampirinya dengan dekat dan mengerakkan kepala Bunda dari sisi ke sisi; selalunya pandangan matanya akan tetap tertumpu kepada mata Bunda.

Kedai penuh dengan mainan khusus untuk perkembangan bayi, namun begitu Bunda juga akan berjaya dengan hanya menggunakan objek harian yang terdapat di rumah.

Lalukan keranjang berkilat atau senduk plastik yang berwarna terang dari sisi ke sisi di depannya. Kemudian lalukannya dari atas ke bawah. Ini harus menarik perhatian bayi Bunda, walaupun dia belum lagi boleh mengikuti pergerakan dari atas ke bawah dengan baik untuk tiga bulan lagi.

Apakah Buah hati Bundamembesar dengan normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi bunda – jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan jika bayi Bunda dilahirkan pramatang (sebelum 37 minggu kehamilan), Bunda akan mendapati yang dia akan memerlukan lebih masa untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain seusianya. Oleh kerana itulah kebanyakan bayi yang dilahirkan pramatang diberi dua umur oleh doktor:

  • Umur kronologi, iaitu umur yang dikira dari tarikh lahir bayi.
  • Umur sebenar, yang dikira dari tarikh bayi dijangka dilahirkan.

Bunda sepatutnya mengukur perkembangan bayi Bunda berdasarkan umur sebenarnya, bukannya umur dari terakhir dia dilahirkan. Doktor Bunda akan memeriksa perkembangan bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahiran yang dicapainya sewajarnya.

Terimakaih sudah membaca artikel saya terus ikuti artikel saya berikutnya ya